RSS Feed

Mendermalah

TOP

Galeri 2009


BULAN : JANUARI



BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
02/01/09
PEYAKIN NS menyampaikan bantuan pakaian sekolah, beras dan biskut kepada anak-anak Puan Julia Burok di Taman Rembau Utama.
2
03/01/09
Ø  Liputan akhbar sumbangan PEYAKIN NS terhadap anak-anak keluarga Puan Julia Burok di Taman Rembau Utama telah disiarkan di Sinar Harian hari ini.
Ø  Liputan akhbar sumbangan PEYAKIN NS kepada anak-anak yatim PEYAKIN NS di Masjid Tg Berangan disiarkan di Utusan Malaysia hari ini.
3
04/01/09
Ø  PEYAKIN NS menyampaikan pakaian sekolah dan biskut kepada anak-anak yatim / miskin Kg Legung Ulu, Kota di Masjid Kariah Legung Ulu.
Ø  Liputan akhbar sumbangan PEYAKIN NS kepada anak-anak yatim PEYAKIN NS di Masjid Tg Berangan disiarkan di Sinar Harian hari ini.
Ø  Firma Mashi’ah, Jalidah & Associate Peguambela / Peguamcara & Peguam Syarie bersetuju dengan perlantikan sebagai Penasihat Undang-Undang PEYAKIN NS melalui ruj surat MJA/mh/PEYAKIN/2009.
4
05/01/09
Ø  Liputan akhbar bantuan PEYAKIN NS kepada keluarga Puan Noriah Mohd Atan disiarkan di Kosmo hari ini.
Ø  Liputan akhbar sumbangan PEYAKIN NS kepada anak-anak yatim PEYAKIN NS di Masjid Kariah Kg Legung Ulu disiarkan di Sinar Harian hari ini.
Ø  Liputan akhbar sumbangan PEYAKIN NS kepada anak-anak yatim PEYAKIN NS di Masjid Tg Berangan disiarkan di Utusan Malaysia hari ini.
5
06/01/09
Rencana mengenai Setiausaha Kehormat PEYAKIN NS disiarkan di Sinar Harian hari ini.
6
09/01/09
Ø  PEYAKIN NS menyampaikan bantuan pakaian sekolah dan barang-barang keperluan dapur kepada keluarga Puan Norrayati Ariffin di Taman Chembong Utama.
Ø  PEYAKIN NS juga membawa anak Puan Norrayati Ariffin iaitu Natasha Syafinaz Zulhisham, 13 tahun ke Hospital Pakar Senawang bagi mengubati adik tersebut yang mengalami masalah resdung yang teruk sehingga mata dan hidungnya berair setiap hari.
7
11/01/09
Liputan akhbar sumbangan PEYAKIN NS kepada keluarga Puan Norrayati Ariffin disiarkan di Sinar Harian hari ini.
8
15/01/09
PEYAKIN NS telah mengadakan kerjasama dengan aktivis sosial Don A.Samad untuk mengadakan ceramah motivasi anak-anak yatim.
9
17/01/09
PEYAKIN NS telah membuat liputan akhbar bagi tujuan mendapatkan derma orang ramai untuk kerja-kerja ubahsuai dan menyediakan kelengkapan asrama yang telah di wakafkan di Taman Desa Permai Kundur.
10
19/01/09
PEYAKIN NS telah mengadakan kunjungan hormat ke atas En Syaifulrizal b Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan bagi membincangkan peruntukan mengubahsuai asrama PEYAKIN NS dan mewujudkan Maahad Tahfiz Sains Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan dengan kerjasama Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) dan Maahad Ahmadi Gemencheh.
11
20/01/09
Liputan akhbar kerjasama PEYAKIN NS dengan aktivis sosial Don A.Samad bagi mengadakan ceramah motivasi anak-anak yatim telah disiarkan di Sinar Harian hari ini.
12
21/01/09
PEYAKIN NS menyampaikan penghargaan berupa wang tunai sebanyak RM50 seorang kepada 5 orang anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam PMR 2008 yang lalu.
13
22/01/09
Liputan akhbar penyampaian penghargaan kepada anak-anak PEYAKIN NS yang mendapat keputusan cemerlang PMR 2008 yang lalu telah disiarkan di Sinar Harian hari ini.
14
23/01/09
PEYAKIN NS menyampaikan bantuan pakaian sekolah dan makanan kepada anak-anak Puan Roslina Md Diah di Senaling, Kuala Pilah.
15
24-25/01/09
Biro Rekreasi PEYAKIN NS telah mengadakan Ekspedisi Pendakian Gunung Datuk di Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Kota.
16
29/01/09
Liputan akhbar kejayaan Ekspedisi Pendakian Gunung Datuk yang dianjurkan PEYAKIN NS telah disiarkan di Sinar Harian hari ini.
17
31/01/09
Kerja-kerja memasang papan tanda asrama PEYAKIN NS di Taman Desa Permai Kundur dijalankan hari ini.





BULAN : FEBRUARI


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
06/02/09
PEYAKIN NS menghadiri Mesyuarat Badan Gabungan Peringkat Negeri Kali Pertama/2009 di JPKAY Ulu Gadong bagi membincangkan Program MTQN Peringkat Negeri Sembilan.
2
10/02/09
Studio Recording Muzik (Nameless Studio) di Pusat Perniagaan Ixora Senawang telah bersetuju untuk menaja CD muzik lagu-lagu nasyid untuk peserta lelaki & perempuan PEYAKIN NS dalam bentuk Minus One bagi kegunaan pertandingan MTQN 2009 ini.
3
16/02/09
Pihak Pejabat Pertanian Daerah Rembau telah membajak tanah lapang di dalam kawasan rumah anak yatim / miskin PEYAKIN NS secara percuma dan akan membekalkan benih-benih sayur nanti.
4
19/02/09
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan bas SUK untuk kegunaan anak-anak PEYAKIN NS di dalam program :
i.     Kursus Kemahiran Belajar & Motivasi Anak-Anak Yatim / Miskin Tingkatan 3 Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Sembilan 2009 pada 13-16 Mac, 2009
ii.   MTQN Peringkat Negeri Sembilan pada 15-17 Mei, 2009
iii.  MTQN Peringkat Kebangsaan pada 03-07 Jun, 2009
5
21/02/09
PEYAKIN NS membawa anak-anak yang terpilih untuk mengikuti latihan nyanyian lagu nasyid di Studio Recording Muzik (Nameless Studio Senawang).
6
23/02/09
Program Amal Bersama Anak Yatim / Miskin Sempena Lawatan Penuntut Jabatan Senibina, Kuliyyah Senibina & Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
7
24/02/09
PEYAKIN NS menerima Laporan Audit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember, 2008 daripada Firma Akauntansi Mohd Noh & Co. Senawang.
8
28/02/09
PEYAKIN NS membawa anak-anak yang terpilih untuk mengikuti latihan nyanyian lagu nasyid di Studio Recording Muzik (Nameless Studio Senawang).

 
BULAN : MAC


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
07/03/09
PEYAKIN NS membawa anak-anak yang terpilih untuk mengikuti latihan nyanyian lagu nasyid di Studio Recording Muzik (Nameless Studio Senawang).
2
14/03/09
PEYAKIN NS membawa anak-anak yang terpilih untuk mengikuti latihan nyanyian lagu nasyid di Studio Recording Muzik (Nameless Studio Senawang).
3
19/03/09
Yang Dipertua dan Setiausaha Kehormat membawa anak-anak PEYAKIN NS seramai lebih kurang 30 orang ke Majlis Pelancaran Kami Anak Malaysia di Laman Budaya Shah Alam.
4
21/03/09
Ø  Membawa anak-anak PEYAKIN NS seramai lebih kurang 10 orang menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan di Pasoh Dua.
Ø  Membawa anak-anak beriadah di Hutan Lipur Serting Ulu
Ø  Membawa anak-anak menghadiri Majlis Bacaan Doa Selamat di Kg Sentosa, Paroi
5
25/03/09
Ø  Yang Dipertua dan Setiausaha Kehormat PEYAKIN NS membuat kunjungan hormat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Tuanku Ampuan untuk melantik KDYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menjadi Penaung DiRaja PEYAKIN NS.
Ø  Yang Dipertua dan Setiausaha Kehormat PEYAKIN NS telah ke Ibu Pejabat Bank Rakyat di Kuala Lumpur untuk memohon tajaan sebuah van oleh bank tersebut.
6
26/03/09
Ø  Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat bersama Pegawai-Pegawai PEYAKIN NS telah mengambil katil, tilam dan bantal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau dan dibawa ke asrama anak yatim / miskin di Kundur dengan menggunakan sebuah lori tajaan dari seorang Hamba Allah.
Ø  Perusahaan Maju Sepang (Pengusaha Kerepek Ubi) telah menghantar benih-benih ubi kayu untuk ditanam di asrama anak yatim / miskin Kundur hari ini.
Ø  Menerima sumbangan zakat berupa barang makanan daripada PKR Bahagian Rembau untuk anak-anak yatim & miskin.
7
28/03/09
Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat, Pegawai-Pegawai serta beberapa orang anak PEYAKIN NS menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan Norzelawati Zainal Abidin di Legung Ulu, Kota.
8
29/03/09
Mesyuarat Agung Tahunan PEYAKIN Negeri Sembilan Kali Ke-2 Sesi 2009 / 10 telah diadakan.






BULAN : APRIL


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
04/04/09
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PEYAKIN Negeri Sembilan Kali Pertama Sesi 2009 / 10  diadakan.
2
12/04/09
Gotong royong amal membersih dan mengecat Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di Kundur bersama anggota Balai Polis Pedas, Rembau.
3
14/04/09
Menerima sumbangan sebanyak 40 naskah Al-Quran untuk diagihkan kepada Pengusaha Kelas membaca Al-Quran di sekitar Rembau.
4
19/04/09
Ø  Mengadakan Kunjungan Hormat ke kediaman YBhg Mej Jen (B) Dato’ Oseman Chik selaku Penasihat Khas PEYAKIN Negeri Sembilan dan taklimat.
Ø  Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PEYAKIN Negeri Sembilan Kali Ke-2 Sesi 2009 / 10  diadakan.
5
22/04/09
Mengadakan taklimat cadangan Penubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di Pekan Rembau bersama YM Dato’ Perba Balai Undang Luak Rembau.
6
23/04/09
Kunjungan Hormat Ke Bawah Kaus YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj Muhamad Sharip Hj Othman, DTNS , Undang Luak Rembau.
7
25/04/09
Mesyuarat Gabungan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim / Miskin Seluruh Negeri Sembilan Kali Ke-2/2009 di Yayasan Anak Yatim / Piatu Islam Daerah Port Dickson.
 


BULAN : MEI


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
07/05/09
Kunjungan Hormat Ke Bawah Kaus YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj Muhamad Sharip Hj Othman, DTNS , Undang Luak Rembau bagi menyahut seruan Ke Bawah Kaus YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj Muhamad Sharip Hj Othman, DTNS , Undang Luak Rembau untuk mengadakan Akademi Tahfiz Al-Quran Anak-Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di Daerah Rembau yang dinaungi oleh Ke Bawah Kaus YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj Muhamad Sharip Hj Othman, DTNS , Undang Luak Rembau.
2
09/05/09
Kumpulan Nasyid Perempuan PEYAKIN Negeri Sembilan mengadakan latihan di Dataran Rembau. (Persediaan MTQN Peringkat Negeri Sembilan)
3
10/05/09
Kumpulan Nasyid Perempuan PEYAKIN Negeri Sembilan mengadakan latihan di Balai Raya Kg Batu Hampar, Rembau. (Persediaan MTQN Peringkat Negeri Sembilan)
4
11/05/09
Kumpulan Nasyid Perempuan PEYAKIN Negeri Sembilan mengadakan latihan di Balai Raya Kg Batu Hampar, Rembau. (Persediaan MTQN Peringkat Negeri Sembilan)
5
12/05/09
Kumpulan Nasyid Perempuan PEYAKIN Negeri Sembilan mengadakan latihan di Balai Raya Kg Batu Hampar, Rembau. (Persediaan MTQN Peringkat Negeri Sembilan)
6
13/05/09
Kumpulan Nasyid Perempuan PEYAKIN Negeri Sembilan mengadakan latihan di Balai Raya Kg Batu Hampar, Rembau. (Persediaan MTQN Peringkat Negeri Sembilan)
7
15-17/05/09
Menyertai Majlis Tilawah Al-Quran & Nasyid (MTQN) Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong, Kota. PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghantar seramai 40 orang peserta ke pertandingan ini seperti berikut ;
a)    Nasyid Lelaki
b)    Nasyid Perempuan
c)    Syarahan Bahasa Melayu Perempuan
d)    Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki
e)    Deklamasi Sajak Lelaki
f)     Deklamasi Sajak Perempuan
g)    Tilawah Al-Quran Sek Ren Perempuan
h)    Hafazan Sek Ren Perempuan

Anak-Anak PEYAKIN Negeri Sembilan yang berjaya dan akan mewakili Kontinjen Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan ialah ;
a)    Nabilah bt Ahmad – Syarahan Bahasa Melayu (Johan Negeri)
b)    Affandey b Zulkifle – Syarahan Bahasa Inggeris (Johan Negeri)
c)    Nurul Hanani bt Md Daud – Deklamasi Sajak (Johan Negeri)
d)    Hartini bt Mat Katan – Tilawah Al-Quran Sek Ren (Johan Negeri)
e)    Ainin Syahirah bt Alwi – Hafazan Sek Ren (Johan Negeri)
8
30/05/09
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PEYAKIN Negeri Sembilan Kali Ke-3 Sesi 2009 / 10  diadakan.

 
BULAN : JUN


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
02-07/06/09
Kontinjen PEYAKIN Negeri Sembilan yang menyertai Majlis Tilawah Al-Quran & Nasyid (MTQN) Peringkat Kebangsaan diadakan di Kampus UTM Skudai Johor Bahru telah berlepas pada hari ini (02/06/09) dengan menggunakan sebuah bas dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan sebuah van. Ianya melibatkan seramai 5 orang peserta, 35 orang penyokong dan 10 orang pegawai. Adik Nabilah bt Ahmad telah memenangi Naib Johan di dalam acara Syarahan Bahasa Melayu Sek Men.
2
11-13/06/09
Seramai 20 orang anak yatim / miskin dan 2 orang pegawai (lelaki/perempuan) telah mengikuti Program Kem Harapan Sapura yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai dirasmikan YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Kehormat Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia.
3
13/06/09
Yang Dipertua dan Pegawai-pegawai PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghadiri Jemputan Kahwin kakak kepada anak yatim PEYAKIN Negeri Sembilan di Pasoh 3, Serting.
4
19/06/09
Anak-Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan telah dipilih oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Selangor untuk mengadakan rakaman Kasih Ramadhan yang akan ditayangkan di Astro sempena bulan Ramadhan / Syawal nanti.
5
24/06/09
Yang Dipertua dan Pegawai-pegawai PEYAKIN Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Rembau Kristal bagi meninjau peluang-peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak yatim / miskin PEYAKIN Negeri Sembilan yang berminat menceburi kraftangan tersebut.




BULAN : JULAI


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
04/07/09
Anak-anak yatim / miskin seramai 20 orang dan diiringi seramai 7 orang pegawai PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghadiri Majlis Bacaan Yassin di Taman Dato’ Shahbandar, Ampangan Seremban
2
12/07/09
Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghadiri Kursus Waqaf PEYATIM di Pejabat PEYATIM, Ampang Selangor.
3
18/07/09
Yang Dipertua dan Pegawai-pegawai PEYAKIN Negeri Sembilan telah mengadakan gotong royong di Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan, Kundur.
4
21/07/09
Yang Dipertua PEYAKIN Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak Konsultan untuk Kempen Rayuan Dana Jariah Solat Jumaat 1430H di Kuala Lumpur.
5
22/07/09
Wakil Bank Rakyat telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di Kundur dan seterusnya melawat rumah-rumah anak-anak yatim / miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di sekitar Rembau bagi mengadakan sumbangan jariah.
6
28/07/09
Mengadakan wawancara esklusif untuk Buletin PEYAKIN Negeri Sembilan Edisi Ketiga dengan YBhg Prof Dr Mohammad b Hj Alias, Pengarah-Pusat Perkembangan Strategik & Hubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Prof juga telah memaklumkan bahawa pihak USIM bersedia untuk menjadi Tuan Rumah MTQN PEYATIM 2011 Peringkat Kebangsaan dan mengharapkan supaya perjumpaan-perjumpaan formal dapat diadakan di antara kedua-dua pihak.
7
30-31/07/09
Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan menghadiri Kursus Pentadbiran & Pengurusan Asrama anjuran bersama PEYATIM & Kerajaan Negeri Melaka di Everly Resort Hotel, Melaka.
 
BULAN : OGOS


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
01/08/09
Ø  Perasmian Penutup Kursus Pentadbiran & Pengurusan Asrama disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rostam, Ketua Menteri Melaka di Everly Resort Hotel Melaka.
Ø  Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PEYATIM dipengerusikan oleh YM Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor di Everly Resort Hotel, Melaka dan YM Dato’ Presiden PEYATIM telah mengumumkan Majlis Tilawah Al-Quran & Nasyid (MTQN) Peringkat Kebangsaan 2011 akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Negeri Sembilan.
2
05/08/09
Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat serta Pegawai PEYAKIN Negeri Sembilan telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah Bukit Katil.
3
09/08/09
Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan serta Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PEYATIM telah menghadiri Majlis Dialog Bersama YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Hilton, Kuala Lumpur.
4
11-13/08/09
Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan serta Timbalan Presiden PEYATIM telah menghadiri Symposium Towards Competency Benchmark anjuran Yayasan Kebajikan Negara Malaysia di Awana Resort, Genting Highland.
5
15/08/09
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan sesi pengambaran bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia sempena bulan Ramadhan 1430H akan datang mengisahkan kisah hidup sebenar anak-anak yatim / miskin PEYAKIN Negeri Sembilan.
6
18/08/09
Yayasan Basmi Kemiskinan Malaysia (YBK) yang diketuai oleh YBhg Saudara Bing Selamat selaku Lembaga Pemegang Amanah YBK dan beberapa orang kakitangannya telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 400 satu keluarga yang melibatkan anak-anak yatim / miskin yang berdaftar dengan PEYAKIN Negeri Sembilan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang tiba.
Ø  Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Zaifulbahri Idris, Wakil Rakyat DUN Chembong.
7
28/08/09
Seramai 50 orang anak-anak yatim / miskin dan pegawai pengiring PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghadiri jemputan Majlis Berbuka Puasa anjuran CIMB Bank Bhd Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.




BULAN : SEPTEMBER


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
12/09/09
PEYAKIN Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan meraikan anak-anak yatim / miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di Perkarangan Masjid Negeri, Seremban dengan kerjasama Masjid Negeri, Seremban. Diantara tetamu kehormat yang menghadiri majlis tersebut ialah YM Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor selaku Presiden PEYATIM dan isteri, YBhg Mej Jen (B) Dato’ Oseman Chik selaku Penasihat Khas PEYAKIN Negeri Sembilan dan isteri serta YBhg Dato’ Hj Sudin Kamari selaku Pengasas PEYAKIN Negeri Sembilan. Turut hadir Tn Hj Edrus Hj Adam, YDP JPKAY Ulu Gadong serta Jawatankuasanya dan tidak ketinggalan juga Imam Besar Masjid Negeri serta Jawatankuasa Masjid Negeri yang sempat hadir dan majlis juga telah diserikan dengan bacaan Al-Quran Al-Karim oleh Tn Syeikh Abdul Latif Karowiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Disamping itu juga kumpulan Nasyid anak-anak yatim / miskin lelaki PEYAKIN Negeri Sembilan telah mempersembahkan nyanyian lagu-lagu Nasyid.IN Negegeri Sembilan dan isteri serta YBhg YAKIN Negeri Sembilan di Perkarangan Masjid Neg
2
14/09/09
Ø  Seramai 110 orang anak-anak yatim / miskin PEYAKIN Negeri Sembilan telah menerima sumbangan duit raya daripada PEKERTI Negeri Sembilan yang telah disampaikan oleh YM Raja Datin Seri Hjh Salbiah bt Tengku Nujumuddin selaku Pengerusi NCWO merangkap Yang Dipertua PEKERTI Negeri Sembilan yang telah diadakan di Dewan Seri Rembau, Rembau, Negeri Sembilan.
Ø  Seramai 20 orang anak-anak yatim / miskin dan pegawai pengiring PEYAKIN Negeri Sembilan telah berkesempatan menghadiri jemputan Majlis Berbuka Puasa di kediaman YBhg Mej Jen (B) Dato’ Oseman Chik selaku Penasihat Khas PEYAKIN Negeri Sembilan. Turut hadir juga Ahli Lembaga Penasihat PEYAKIN Negeri Sembilan iaitu Ustaz Abd Rahim Maamor dan Ustaz Wan Roslan Wan Ali.
3
15/09/09
Seramai 50 orang anak-anak yatim / miskin dan pegawai pengiring PEYAKIN Negeri Sembilan telah dijemput menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Angkatan Tentera di Kem Sikamat, Seremban.
4
17/09/09
Seramai 80 orang anak-anak yatim / miskin telah menerima sumbangan duit raya daripada RHB Bank Cawangan Seremban di SMK Undang Rembau.
5
21/09/09
Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan telah ke Masjid Kariah Felda Sungai Lui, Bandar Seri Jempol untuk menerima sumbangan.


BULAN : OKTOBER


BIL

TARIKH

AKTIVITI
1
03/10/09
Seramai 50 orang anak-anak yatim / miskin beserta pegawai PEYAKIN Negeri Sembilan mengiringi anak-anak tersebut menghadiri jemputan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Taman Marida, Senawang.
2
12/10/09
PEYAKIN Negeri Sembilan telahpun menjelaskan Duti Setem sebanyak RM 2,000 tunai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi urusan pindah milik hartanah berkaitan Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di Taman Desa Permai Kundur.
3
13/10/09
Kerja-kerja ubahsuai dan penambahan bilik air serta dapur Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan di Taman Desa Permai Kundur bermula hari ini.
4
17/10/09
Seramai 80 orang anak-anak yatim / miskin dan pegawai pengiring PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghadiri jemputan Majlis Cukur Jambul dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Rumah En Amran Ithnin 247, Blok 15 Felda Raja Alias 2, Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan dan kumpulan Nasyid anak-anak lelaki & perempuan PEYAKIN Negeri Sembilan juga berkesempatan mengadakan persembahan Nasyid di majlis tersebut.
5
18/10/09
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PEYAKIN Negeri Sembilan Kali Ke-4 Sesi 2009 / 10  diadakan.
6
19/10/09
Ø  Hari ini adalah menjadi sejarah bagi PEYAKIN Negeri Sembilan bahawa Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan yang berada di Taman Desa Permai Kundur telah dipindah milik secara sahnya kepada PEYAKIN Negeri Sembilan.
Ø  Yang Dipertua PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah PEYATIM Holding Sdn Bhd di Kuala Lumpur International Hotel.
7
20/10/09
Yang Dipertua bersama Setiausaha Kehormat (wakil penganti) PEYAKIN Negeri Sembilan telah menghadiri Mesyuarat Agung PEYATIM Holding Sdn Bhd jam 11.00 pagi bertempat di Rumah Bakti, Hulu Klang, Selangor. Turut hadir juga adalah wakil-wakil Pemegang Saham dari rumah-rumah anak yatim / miskin badan gabungan PEYATIM seluruh Tanah Air termasuklah juga YM Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor selaku Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja serta kakitangan PEYATIM. En Omar Abu Bakar selaku Yang Dipertua dan YBhg Dato’ Hj Ismail Yassin selaku Penasihat PEYAKIN Negeri Sembilan juga kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah PEYATIM Holding Sdn Bhd.
8
22/10/09
Pegawai-pegawai daripada Majlis Agama Islam Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan hari ini.
9
23/10/09
Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan telah menerima sumbangan perabot terpakai daripada seorang Hamba Allah.
10
28/10/09
Ø  Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan telah ke Pejabat PEYATIM untuk menerima surat perlantikan sebagai AJK Biro Asrama daripada YM Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM.
Ø  Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan menerima jemputan daripada Pejabat PEYATIM untuk menghadiri Majlis Amal Payung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang anjuran MAKPEM.
Ø  Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan dengan YBhg Prof Dr Hj Mohammad b Hj Alias mengenai Majlis Tilawah Al-Quran & Nasyid (MTQN) 2011 yang mana Negeri Sembilan akan menjadi Tuan Rumah nanti.
11
29/10/09
Kolej Kejururawatan Seremban telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim / Miskin PEYAKIN Negeri Sembilan bagi mengatur program Gotong-royong dan suaikenal di antara pelatih-pelatih jururawat dengan anak-anak yatim / miskin PEYAKIN Negeri Sembilan pada 15/11/2009 (Ahad).
12
30/10/09
Ø  Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan telah pergi ke Yayasan Taqwa Kuala Lumpur untuk menerima sedikit sumbangan.
Ø  Yang Dipertua & Setiausaha Kehormat PEYAKIN Negeri Sembilan menghadiri Majlis Amal Payung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang anjuran MAKPEM di Pekan, Pahang.
 






Peta Lokasi PEYAKINNS

Peta Lokasi PEYAKINNS
No. 47, Jalan DPK 7, Taman Desa Permai, Kundur, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus,
[Laman Utama] [Fungsi] [Organisasi] [Misi dan Visi] [Hubungi kami] [Program] [Galeri] [Sumbangan]