Fungsi
1.Mengumpul dana untuk kebajikan anak-anak yatim dan miskin di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya tanpa mengira agama, kaum dan keturunan.
·2.Membantu anak-anak yatim dan miskin supaya mampu hidup berdisiplin serta memberi peluang kepada mereka untuk belajar bagi mencapai keputusan akademik yang baik.
·3.Memberi peluang kepada masyarakat membuat kerja-kerja amal, mejelaskan fidyah puasa, zakat dan sebagainya kepada anak-anak yatim dan miskin.
·4.Mendedahkan anak-anak yatim dan miskin aktiviti / program kemasyarakatan, kebudayaan, keusahawanan dan latihan kemahiran serta bidang profesional.
·5.Memberi motivasi dan sifat bantu-membantu sesama sendiri disamping melahirkan insan yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara.